news blog logo
news menu leftnews menu right
top news photography Nur Alameen Naib Johan Pertandingan Lagu Dakwah Maulidurrasul

Kumpulan nasyid Nur Alameen Politeknik Merlimau mendapat Naib Johan pada pertandingan Lagu-lagu Dakwah sempena Maulidurrasul peringkat negeri Melaka yang berlansung pada 5hb Februari 2012 bertempat di perkarangan MAIM, Bukit Baru Melaka. Read more...

Berita-berita

Jumlah Pengunjung

Hari Ini37
Semalam233
Seminggu451
Sebulan1340
Jumlah68791

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Pusat Islam An-Nur PMM

Pusat Islam An-Nur ditubuhkan seiring dengan penubuhan Politeknik Merlimau ini sendiri iaitu pada tarikh 17 November 2002. Operasi Pusat Islam tertumpu pada bangunan Pusat Islam yang terletak di dalam Kampus Politeknik Merlimau.

Pada awal penubuhan, Pusat Islam berperanan penting bersama warga Politeknik dan penduduk sekitar apabila Pusat Islam dikenali dengan Masjid Politeknik Merlimau dan disinilah Solat Jumaat didirikan.

Selepas Masjid As-Syujaah, Merlimau Utara (Hadapan Politeknik Merlimau), Solat Jumaat sudah tidak diadakan dan dipindahkan ke Masjid berkenaan.

Pusat Islam terus berperanan sebagai badan induk dalam menggerakkan aktiviti kerohanian di dalam kampus merangkumi untuk Staf, Pelajar dan penduduk sekitar. Banyak program-program yang dijalankan oleh Pusat Islam bagi mengimbangi tuntutan menuntut ilmu di PMM bersama tuntutan bekalan untuk agama.

Antara program yang pernah dan sering dijalankan adalah:
- Kem Kepimpinan Pelajar
- Ceramah Agama
- Kuliah Maghrib
- Kuliah Subuh
- Pertandingan Nasyid
- Pertandingan Debat
- Pertandingan Hafazan
- Pertandingan Tilawah Al-Quran
- Pertandingan Azan
- Konsert Nasyid
- Karnival
dan lain-lain lagi.

Di bangunan Pusat Islam An-Nur, pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung. Perkara ini adalah bagi memastikan Pusat Islam sentiasa dalam keadaan baik dan menyenangkan ahli jemaah yang menunaikan solat dan berprogram di sini.

Antara kemudahan yang terdapat di bangunan Pusat Islam An-Nur:
- Dewan Solat Utama
- Dewan Solat Muslimah (sisi dan tingkat 2)
- Bilik Azan
- Mimbar
- Tandas
- Tempat Berwuduk
- Bilik Sekretariat Pusat Islam
- Bilik Nasyid

 


Powered by Joomla!. Designed by: akelos framework reseller dedicated servers Valid XHTML and CSS.