| Anugerah Pelajar Cemerlang |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Thursday, 28 January 2010 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG Pendahuluan Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada Politeknik. Sejak Politeknik mula melahirkan lulusan, pelbagai anugerah kecemerlangan pelajar telah diwujudkan dan disampaikan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada Politeknik dalam semua bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh Politeknik. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan. Objektif Penganugerahan 1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap kecemerlangan. 1. Anugerah Ketua Jabatan Perincian Anugerah 1. Anugerah Ketua Jabatan • Senarai Ketua Jabatan ( Untuk semua pelajar ) • Pingat Ketua Jabatan (Untuk pelajar semester akhir) Kaedah Pencalonan dan Pemilihan i. Keputusan Penilaian Akhir semester akan digunakan sebagai asas penganugerahan Penerima anugerah terdiri daripada lulusan yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya dan telah mencapai tahap prestasi akademik iaitu mencapai Kedudukan Baik (KB) dengan memperolehi HPNM bersamaan atau melebihi 3.50 dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang serta tidah pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh pengajian di Politeknik Kaedah Pencalonan dan Pemilihan i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma. Bentuk Anugerah i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
• Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ( Politeknik ) Calon-calon bagi anugerah ini terdiri daripada penerima-penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan. Daripada keseluruhan calon-calon ini hanya seorang akan dipilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum masing-masing bagi program sijil dan diploma. Semua bentuk anugerah akan disampaikan pada majlis Konvokesyen Politeknik. Kaedah Pencalonan dan Pemilihan i. Anugerah ini akan diberikan kepada lulusan terbaik Jabatan bagi setiap sesi pengajian. Penerima yang di pilih mengikut program Sijil dan Diploma. Bentuk Anugerah i. Sijil Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK SESI JANUARI 2009
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM (JABATAN) SESI JULAI 2009
ANUGERAH PENGARAH POLITEKNIK SESI JULAI 2009
ANUGERAH PROJEK TERBAIK SESI JULAI 2009
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Dikemaskini ( Tuesday, 23 February 2010 ) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||