 ebagai sebuah organisasi yang mementingkan kecemerlangan, Politeknik Merlimau berusaha meningkatkan persekitaran berkualiti melalui amalan 5S ( Sisih – Susun – Sapu – Seragam – Sentiasa Amal ).
Selaras dengan ini, tahun 2008 adalah merupakan tahun permulaan pelaksanaan amalan 5S di kalangan staf di Politeknik Merlimau, Melaka dan majlis pelancarannya telah diadakan pada 27 Ogos 2008.
Pelaksanaan aktiviti membudayakan amalan 5S di kalangan staf memberikan kebaikan dari segi meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan bersistematik secara berterusan. Persekitaran kerja yang berkualiti menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada kecemerlangan politeknik pada setiap peringkat.
Pengauditan 5S oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk persijilan QE (Quality Environment) telah dijalankan pada 31 Mac 2009 dan Politeknik Merlimau telah berjaya dipersijilkan, sekaligus menjadi politeknik pertama yang memperolehi Persijilan Amalan 5S.
Portal ini diharap dapat membantu pengguna menambahkan pengetahuan tentang impak keberkesanan pelaksanaan amalan 5S di Politeknik Merlimau .
|
|
Dikemaskini ( Monday, 07 May 2012 )
|